
Assalamualaikum muslimin wal muslimat.. han tak tahu kenapa han tergerak untuk menulis tentang 'cinta'? mungkin untuk dikongsikan bersama dengan sedikit ilmu yang han ada mengenai topik ini.
kalau cakap pasal cinta. semua orang ingin merasai apa itu cinta? termasuklah han.Ya, cinta itu lumrah manusia. Cinta yang diberikan Allah kepada kita perlu dijaga dengan baik sekali kerana cinta itu satu anugarah yang sangat-sangat bernilai untuk kita. Tanpa cinta hidup kita seakan kekosongan.oleh sebab itu Allah telah mencipta satu agama untuk dianuti iaitu islam kerana islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Hakikatnya cinta telah terbentuk kepada tiga jenis cinta bagi manusia. Tiga martabat cinta: cinta Agung iaitu cinta kepada Allah , rasul dan jihad di jalanNya. Kedua, cinta sederhana. Disilah kita mencintai terhadap ibu bapa, anak-anak, saudara-mara , para isteri dan keluarga. dan Ketiga, cinta bawahan. antum tahu apa itu cinta bawahan? cinta bawahan adalah cinta kepada sifat yang melebihkan cinta kepada keluarga, harta, tempat tinggal mengatasi cinta terhadap Allah,rasul,dan jihad kepada jalanNya.
tapi kini kita gelar cinta bawahan itu cinta buta. han tidak mahu mengupas ia lebih lanjut kerana ilmu han pun tidaklah setahap ulama'. Tapi han mahu kongsikan cinta buta ini ialah perasaan hina yang meruntuh dan membunuh keinsanan manusia. kerana cinta, kita sanggup buat apa saja sehingga sanggup mengorbankan maruah dan membunuh diri. Tapi didalam sebuah buku karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni mengatakan cinta buta ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
1. mencintai aspek ketuhanan selain Allah
2. mencintai musuh-musuh Allah
3. cinta yang terdorong kepada nafsu syahwat dan perkara keji. perkara ini dikuatkan lagi dengan Firman allah didalam surah Ali- Imran ayat 14: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan."
4.perasaan cinta terhadap sekeliling kita melebihi cinta Allah dan RasulNya.
5. cinta terhadap tuntutan hawa nafsu seperti bersifat ego,takabbur,dan sebagainya.
6. cinta terhadap perkara maksiat (hamba syaitan)
Hanya seorang mukmin yang menghiasi diri dengan keimanan dan ketakwaan akan selamat dari gejala cinta buta ini.
Bagi orang yang betul-betul rasakan dirinya jatuh cinta dengarlah hadith Nabi ini ya :) :
"barang siapa jatuh cinta, kemudian menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya dan bersabar dengan terhadap ujian tersebut lalu meninggal dunia maka matinya itu adalah syahid."
dan bagi insan-insan yang tidak dapat menahan dirinya daripada perkara haram dan tidak dapat bersabar menerima ujian maka jalan yang dilalui itu bakal membawa kepada perkara keji lalu dia dikira fasik disisi Tuhan-Nya.
Bagaimanapun Islam adalah agama yang menepati kehendak fitrah. Justeru, ia tidak menghalang keinginan melakukan hubungan seksual tetapi berlandaskan garis panduan yang yang digariskan oleh syariat iaitu dengan jalan ke arah perkahwinan untuk memenuhi keinginan tersebut. Tapi kini, umat islam seakan penglihatannya kurang jelas. Melakukan perkara yang keji dan berdosa. sedangkan Allah ada berfirman " Jangan kamu menghampiri zina".
Baginda SAW bersabda: " Barangsiapa yang berkemampuan untuk bernikah tetapi beliau tidak mahu berkahwin maka dia tidak termasuk dari kalangan umatku "
Kata Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, bagi mereka yang diuji dengan perasaan cinta terhadap seorang perempuan dan tidak berkemampuan untuk mengahwininya maka WAJIB ke atas beliau untuk menyibukkan dirinya dengan lain-lain hal dan melupakan perempuan tersebut. Sekiranya perasaan cinta masih berlegar di ruang mindanya , maka WAJIB ke atas beliau mengerah segala usaha yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada ujian berkenaan. Mudah-mudahan Allah akan memberi hidayah terhadap setiap permasalahan yang ditempuhinya itu. Sekiranya beliau masih lagi tidak dapat melupakan godaan tersebut sehinggan datang ajal memnjemputnya. maka beliau dikira syahid didalam Islam.
(Indah kan islam ini?)
Bangkitlah wahai umat islam! jangan kita merosakkan agama kita sendiri! mudah-mudahan kita dapat membangunkan islam kembali sepertimana islam pernah dibangunkan dibawah pemerintahan Rasulullah. Tidak alasan untuk kita melengah-lengahkan .ingatlah ..kembali wahai umat islam dan keseluruhannya apa tujuan Allah menciptakan manusia. *ya, sebagai seorang kalifah di muka bumi ini dan mengabdikan diri sepenuhnya kepadaNya.
sekian saja dari han.. semoga kita semua dapat manfaat darinya. Yang baik datang dari Allah sendiri bukan dari han kerana han hanya membantu menyampaikannya kepada makhluk-Nya dan ilmu yang lahir itu datang terus daripada Allah. Yang buruk han mengakui itu lahir dari diri han sendiri...
No comments:
Post a Comment