Hantu!


meremang bulu roma bila sebut je 'hantu' . apa yang menyebabkan aku mula berfikir untuk memuat naikkannya di blog aku yang tercinta ini? lain tak bukan.. UMMI.. my mom! =.=" malam masih muda kot tapi ummi sudah menakut-nakutkan anak daranya. katanye>>

"angah, umi rasa kat luar tu ada orang"
"angah.. hihihihi" *mengilai

bagi korang mungkin ni benda kecik. benda biasa je tapi korang rasa tak perasaan han saat ni??
kata member karibku  "ni anugerah. tak semua orang dapat.. ko je yang terpilih". apakah? han terpilih.. no..no..no... tahu tak yang ni bukan satu permainan! han masih ingat lagi kali pertama han boleh mendengar suara-suara halus.. jelas. amat jelas!

Hanya Allah je yang tahu betapa derasnya detak-detuk jantung han. suara bayi menangis dalam loker. dalam dorm han pulak tu.. dah la aku sorang je kat bilik. memang padan la, salah han juga sebab mpp (majlis pimpinan pelajar) suruh turun musolla *surau nak solat jemaah maghrib tapi han kat bilik lagi. 

time dengar tu. han ingat satu imaginasi.. han tepuk pipi banyak kali tapi suara tu tetap ada. jelas. makin lama makin kuat. ye,, agak menakutkan. han dengan sepantas kilat terus turun ke musolla. bila nak dekat pagar musolla tu pulak ade yang menjerit nama han "nabilah.. nabilah...nabilah.. sini cepat ade orang kena histeria" . 

disini mesti korang tertanya-tanya, naper mereka panggil han? naper tak panggil orang lain je? jawapannya simple, sebab han pembantu kak senior, kak husna yang merawat pesakit histeria. dah tugas han membantu. tapi waktu emosi han tak stabil. han tak boleh fokis nak merawat orang. last2 han yang demam teruk. macam mana boleh demam teruk? sebab orangyang histeri tu pandang mata han dan cakap "gementar ye??" *sambil senyum mengejek.

so, kesimpulan kat sini, kalau korang nampak orang kena histeri, jangan pandang mata. AWAS!! cukup han je yang demam teruk time tu, hope korang sihat -sihat sahaja. 

em... tetiba lak bukak cerita lampau. >.< hope tak de papa yang berlaku kat luar sana. selepas berubat, han dah tak boleh dengar dah tapi han boleh rasa. instict tu masih kuat. biarlah dia berjalan2 di luar rumah. bukan dia boleh masuk rumah pun sebab umah han dah pagar dengan ayat al-quran. sebelum han sakit lagi ummi dah pagar dengan ayat al-Quran. tenang je dok rumah. tak perlu nak keluar. 

korang.. korang.. korang.. 
keluar rumah jangan lupa baca doa. masuk tandas juga jangan lupa baca doa, masuk kereta, waktu makan, masuk rumah.. jangan lupa baca. amalkan taw. han bukan saja2 suh tapi ada baiknya disitu. bukankah itu sunnah juga? amalkan ye sayang ^.^ moga kita semua dilindungi Allah daripada hasutan dan gangguang jin dan manusia. Aminn..

okala.. han minta diri dulu. kalau ade pape persoalan. leh komen kat bowah dan jangan lupa tinggalkan jejak. thank ye! gomabseubnida.. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

> > >