
Kisah ini pernah ditulis didalam sebuah Kitab Hayatus Shahabah. Diriwayatkan kisah berikut:
Menjelang perang uhud , Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa'id bin Abi Waqqash untuk berdoa. Permintaan itu di setujui oleh Sa'id. Kedua-duanya mulai berdoa . Sa'id berdoa terlebih dahulu: " Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dengan musuhku, berilah aku musuh yang ssangat perkasa . Aku berusaha membunuh dia dan dia juga berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kepadaku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya(rampasan perang)."
abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa: "Tuhanku, berilah aku musuh yang gagah perkasa.Aku berusaha membunuhnya dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu dengan-Mu. Engakau akan bertanya, 'man jada'aanfaka wa udzunaka?' ( siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bahawa kedua-duanya terpotong ketika aku berjuang di jalan-Mu dan Jalan Rasuluallah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, Ya Allah akan berkata, " Kamu benar!" (shadataqta.)"
sa'id mengaminkan doa Abdullah. Kedua-duanya berangkat ke medan Uhud dan doa mereka dimakbulkan oleh Allah.
Sa'id bercerita kepada anaknya, "Duhai anakku, doa Abdullah lebih baik daripada doaku. Disenja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pada sebuah tali."
Kisah ini telah melukiskan sebuah cara untuk mengukur cinta dan komunikasi kita pada Allah.Sementara banyak orang yang berdoa agar dapat bertemu dengan kekasihnya sambil membawa sesuatu yang boleh dibanggakan dan pulang kekampung akhirat sambil membawa amalan yang akan menyenangkan-Nya?
P/s: janganlah kita (umat islam)terlena dengan hasutan cinta dunia dan cinta kepada Allah kita lupakan dan pinggirkan. Ingatlah! dimana Allah telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 24: "Katakanlah (wahai Muhammad): " Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara- saudara kamu, dan isteri-isteri kamu (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu , dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasuNya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan KeputusanNYA (azab seksaNya) ; kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang fasik(derhaka)."
No comments:
Post a Comment