
”Apa BEZA antara SUKA dan CINTA?”
”macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”
“Terangkan?”
”Kalau kita SUKA pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita CINTAkan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram dia agar ia sentiasa segar.
Samalah macam MANUSIA. Kalau kita SUKA pada seseorang, kita akan berusaha untuk memiliki dia.
Tapi kalau kita CINTAkan dia, kita akan sabar walau sakitnya hati ini menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita.
=====================================================================
Itulah bezanya suka dan cinta tapi bila kita lihat dunia sekarang.. anak muda yang sibuk berdating, bercouple sakan . adakah itu cinta? ataupun hanya sekadar suka? check balik niat kita. aku bercouple sebab apa? sebab aku sayang dia?
SAYANG yang sebenarnya tidak akan mengheret orang yang dicintainya ke neraka tapi memimpin tangannya untuk sampai ke syurga. Ni fakta bukan auta..
jika anda tidak boleh terima kata-kata han yang couple itu bukannya simbolik sayang. please explain bagi han faham. apa yang korang faham tentang cinta, tentang couple...
sebab han dididik dengan lebih jelas yang couple itu adalah haram. tiada couple yang membawa maksud halal. kerana apa? kerana bila dah couple, mereka akan keluar berdua-duan, pegang tangan. peluk sakan sedangkan tiada hubungan yang sah. itu namanya merelakan diri dan dia untuk sama ke neraka. tempat yang abadi bagi mereka yang melakukan dosa.
han tak cakap kalau tak buat couple akan masuk syurga TAPI sekurang-kurangnya dia berusaha untuk meraih syurga.. dia akan cuba untuk jauh daripada melakukan dosa. dan dari situ dia akan sedaya upaya juga agar namanya tidak ter'list' sebagai penghuni neraka.
please think!
apa yang anda mahukan? dunia ni bukan tempat abadi kita. semua orang akan mati. tak percaya dengan kematian? habis siapakah yang berada di bawah tanah bertandakan batu nisan? bukan manusia seperti kita? mereka di bawah sana buat apa? sedang enjoy? TAK! mereka sedang menunggu tibanya kiamat. tunggu jawapan dipadang mahsyar. kita akan kemana selepas itu....so, TEPUK DADA TANYA IMAN.
apa khabar imanku hari ini?
amalan apa yang aku buat hari ini? tanya.. please tanya pada iman..
apa jawapan iman? ada respon? jika tiada, istighfar! sebab hati anda sedang rosak. bila hati sudah rosak maksudnya tiada guna lagi kita bernafas dan jika hati anda terkesan dengan kata-kata saya. Alhamdulillah,, sebab anda masih berpeluang menjadi ahli syurga. masih ada peluang untuk berubah..
bukan han tak faham apa yang korang nak. korang nak rasa kasih sayang kan? nak rasa mencintai dan dicintai.betul tak?tu semua tak salah sebab ia fitrah tapi jangan sampai jadi fitnah.
dulu, han ada jumpa seorang adik ni. muda dalam 15 tahun macam tu. dia cakap dia kurang kasih sayang. dia kata pasangan dia sayang dia sangat2 dan dorang nak berkahwin tapi amik masa juga, kira 5 6 tahun lagi baru bina mahligai dan waktu itu han terfikir, apa yang dorang akan buat dalam masa 5 hingga ke 6 tahun itu? ofcourse bercinta bagai nak rak. bermiss you, bersayang darling kan? tahu tak itu zina. zina hati akan membawa kepada zina mata, tangan , telinga dan sebagainya. ye, pastinya akan berkahwin tapi ada ke tidak keberkatan dalam perkahwinan jika sebelum berkahwin lagi sudah bermaksiat? bertaubat ke pada malam sebelum berlangsungnya perkahwinan? i think no.. sebab dah tentu. tak senang duduk.
pada malam sebelum berkahwin lagi, korang akan call sampai ke pagi. suh take care, jangan bermimpi saya la.. haha.. ni bukan pengalaman saya tapi ni dah jadi satu part yang penting dalam cerita-cerita di tv sekarang. saya tahu itu..
so, korang fikir-fikirkanlah.. tak sayang diri sendiri tak pe. tu pilihan kamu untuk pilihan mana destinasi kamu selepas ini. tapi ingat ,, biar kamu sahaja ke simpang jangan heret orang lain juga ke simpang sebab apa? sebab suatu hari nanti, jika anda tergolong menjadi ahli syurga, dia akan datang pada anda , keluar anda dari syurga dan bawa ke neraka sambil berkata "ini untuk kamu kerana tidak bawa aku keluar dari neraka"
#deep!
sebagai seorang muslimah... seorang yang beragama islam sudah menjadi tanggungjawab saya untuk beri nasihat dan peringatan sebab Islam itu juga membawa maksud nasihat. menasihati orang lain adalah kaedah terbaik untuk menasihatkan diri saya sendiri..
kita sama-sama masuk syurga yuk! bawa saya juga ke sana jika kamu salah seorang penghuni syurga.
Cinta Suci adalah cinta yang membawa kita ingat pada Dia,
Couple bukan jalan ke syurga
tiada istilah couple dalam islam jika membawa kepada zina hati
couple yang halal selepas nikah
jangan pandang pada saper yang beri nasihat tapi pandang apa yang disampaikan kerana di dunia ini tiada manusia yang sempurna melainkan Nabiyullah s.a.w .. hatta malaikat yang bersih dari dosa pun,bila berubah jadi manusia ..terjebak ke kancah kemaksiatan. think! masih sempat untuk bertaubat.. ^.^
No comments:
Post a Comment