Ikhtilat


ni nak share sikit pasal IKHTILAT...nota dari kuliah siswi yang lalu :)

IKHTILAT dari segi bahasa : menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain. yakni mencampurkannya.

IKHTILAT dari segi istilah syariat: percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada suatu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan @ persendirian .

Hukum asal pergaulan lelaki dengan perempuan ialah HARAM!

keadaan harus bergaul dengan lelaki:
  1. Dalam keadaan terpaksa (dharurah) ~ulaak al-quran dan sunnah ambil yang pertengahan~
  2. Keperluan (hajat)
  3. gerak  kerja (mesyuarat, perbincangan, program)
  4. belajar
  5. jual beli
  6. kerja kehakiman
  7. amar ma'ruf nahi mungkar
  8. melayan tetamu
  9. dalam kenderaan awam
  10. percampuran yang menjadi kebiasan dalam keluarga
  11. khidmat kaunseling 
semua keadaan ini hukumnya harus tapi perlu ikut syarat2 ikhtilat

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA BERGAUL:
  • pandangan mata yang berlebihan (surah An-Nur, ayat 30-31)
  • bersentuhan (lapik pun tak boleh)
  • bercakap lembut
  • elakkan : percakapan tak perlu, berbunga-bunga, bermanja-manja
perbualan mesti:
>>ringkas, padat dan capai maksud 100%

  • KHALWAT?
>DILARANG  bagi seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam keadaan berdua-duaan melainkan bersama mahramnya. nisbah yang dibolehkan 1:4 (seorang lelaki, 4 perempuan)

  • tidak menutup aurat
SYARAT2 IKHTILAT:
  1. Niat kerana Allah
  2. matlamat: perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
  3. tidak bersentuhan, sama ada kulit dan kulit atau berlapik
  4. tutup aurat mnjaga adab semasa bercakap . (padat, ringkas dan difahami, tak meleret-leret dan berlebihan , jangan sampai orang 'cair' dengan kita)
  5. mengasingkan tempat  (diasingkan dan pengasingan yang jelas, sama ada kanan, kiri depan, belakang)
  6. dibawah kawalan orang yang dipercayai
SALAH FAHAM BERKAITAN IKHTILAT:

IKHTILAT: percampuran lelaki dan perempuan tak kira bilangan.

contohnya: dalam sekumpulan wanita terdapat seorang lelaki (situasi dalam kelas).. sebenarnya sekumpulan wanita tersebut juga perlu menjaga pergaulan...walaupun lelaki itu bukan islam.

ADAB PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN:
  • ucapan yang makruf (baik) . *elakkan ucapan menggoda
  • menundukkan pandangan
  • elakkan daripada berhimpit dan beresak-esak
  • menghindari tempat syubhah
kesimpulannya, BERSEDERHANA DALAM KEADAAN.

TUTUP ITU JUMUD, TERBUKA ITU HANYUT

wallahua'lam sedikit perkongsian daripada Allah yang hina. semoga bermanfaat untuk semua . sama2 kita perbaiki diri. In Sha Allah ^_^

No comments:

Post a Comment

> > >