Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tidak lain tidak bukan melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral. >Ustaz Azhar Idrus<
baru-baru ini, han gi jpj test and time tu han berkenalan dengan seorang akak yang berumur 22 tahun. nama akk tu biar han rahsiakan. disini han tak nak bukak hijab saper-saper tapi han nak kongsikan sahaja apa yang boleh diambil pengajaran.
iman itu tak boleh diwarisi
sehebat mana pun keturunan kamu, berketurunan wali Allah sekalipun . iman itu tak kan boleh diwarisi. kerana iman setiapa orang ade bezanya. kita tahu yang peringkat iman ni ada 4 iaitu:
1. Iman bertambah makin bertambah - Nabi
2. Iman bertambah iman berkurang- manusia
3. Iman bertambah tidak berkurang - Malaikat
4. Iman tidak bertambah dan makin berkurang - fasik
dan kita sendiri pun tidak boleh menilai iman orang lain melainkan diri kita sendiri... han ade baca dulu post dari sahabat yang juga berblogging. katanya ..
jangan menghukum atas sesuatu perkara kerana tidak diciptakan untuk menghukum. itu kerja Dia bukan kerja kita
seandainya sahabat kita ada yang melakukan dosa, tegurlah kerana di akhirat nanti dialah penyelamat kita daripada api neraka. han sedikit terkilan dengan akak yang han jumpadi jpj hari tu. han rasa serba salah sebab tak dapat nak menyedarkan dia. pemikiran dia terlalu optimistik. dia kata,
"perempuan yang tak pakai tudung pendek lebih bagus daripada perempuan yang bertudung. perempuan yang bertudung pendek lebih baik daripada perempuan yang bertudung labuh . harap je pakai tudung labuh tapi perangai cam longkang!"
oleh kerana kesuntukan masa waktu tu. han tak dapat nak borak panjang dengan dia. niat han nak sedar kan dia yang tudung dan perangai seseorang jangan dipercampur adukkan.
fashion is fahion. attitude is attitude..
korang nak marah kan dia kerana dia buat maksiat? buat dosa? marahkan sahaja pada perangai jangan pada pakaian tapi sebelum nak tunding jari pada seseorang. han mintak korangtunding jari sendiri pada wajah sendiri atau di depan cermin dan kata
"are you perfect?"
siapa kita nak kutuk2 orang sedangkan kita juga berdosa? siapa kita dan menghina orang kalau kita sendiri tahu itu dosa? kita dan dia sama di mata tuhan, layakkah kita nak mengherdik? siapa kita ? siapa kita? tepuk dada tanya iman..
iman kita semua sama. kadangkala naik, kadangkala turun.. mungkin time tu iman kita naik dan melihat orang yang melakukan dosa itu kecik dimata kita. tapi sedarkah kita yang kita juga sedang diperhatikan?
jangan bicara tentang cinta ilahi jika syariatnya Engkau langgar,
jangan kau bicara soal kasih pada rasulullah jika sunnah kau pertikaikan,
jangan bicara soal sayang orang tuamu, jika perbuatanmu mengheret mereka ke neraka,,
jangan kau bicara! jangan sekali kau berkata!
sebab itu semuanya dusta..
Ya Muqollibal qulub,, sabit qalbi a'la dinika
Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu
wanita itu suci, wanita itu satu keindahan.. wanita itu bidadari dunia. dan seindah-indahnya wanita itu adalah adalah wanita solehah. moga kau, aku dan dia tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh. amin..
Wahai saudaraku..
jaga agamamu,,
jaga imanmu..
jaga kemaluanmu
kerana itu kehormatanmu
dan jangan kau cemarkannya.
No comments:
Post a Comment