Perlukah aku bernikah?
terima kasih sebab masih setia dengan cik han. Hope korang dalam keadaan sihat selalu. kali ni han nak share something. mesti korang tak sabar kan nak tahu apa yang han akan kongsikan pada post kali ni. tajuk dia pun dah best ini kan pula isinya? Allahu.. tak de pe yang bestnya.
tajuk kali ni berkaitan pada diri han sebenarnya. persoalan dengan persoalan yang soalan yang keluar dan han tak tak tahu nak jawab macam mana. han dalam dilema! bukan dilema percintaan tapi dalam satu keadaan yang sukar untuk diperkatakan. apa dia? em...kena juga bernikah ke?
han rasa mesti korang akan fikir, han dah nak kahwin? tak la.. han belum bersedia lagi dan han masih belum jumpa yang sesuai. kira tiada calon la.. bukan han tak nak kahwin tapi han takut dengan 'kahwin'.
*so?? naper bukak topik ni?
umi han kata kalau ade yang masuk meminang. umi akan terima. benda ni bukannya lawak dan ummi nampak macam begitu serius. Ilmu han tak mantap lagi, masih bertatih nak tahu tentang islam , kalau kahwin nanti macam mana? sudah laa.. tanggungjawab seorang ibu adalah mendidik. memastikan rumah yang didiami adalah madrasah yang terbaik buat anak-anak nanti..
em.. han ada search google. tengok pendapat2 rakan-rakan blogger yang lain. most of them kata kahwinlah! kahwin dengan orang yang soleh. yang boleh bimbing kita. persoalannya siapa? moga Allah mudahkan jalan dan beri yang terbaik buat han. Aminn..
sejujurnya, han cuak. sangat-sangat cuak . maklum sahaja han susah nak percaya lelaki. sangat sukar kalau nak buat suami. dulu, ummi dah calonkan anak umi tuk han. akhirnya, kami putus di tengah jalan. ia buat han betul-betul2 takut. takut nak hadapi semua ni untuk kali kedua. pengalaman pertama buat han rasa semua laki boleh jadi kawan dan tak boleh lebih dari tu tapiiii tak kan han kena berbujang sampai tua? jadi andartu? moga dijauhkan..
so, perlukah han kahwin?
jawapannya adalah YA! nak tak nak.. han kena juga kahwin sebab kalau tak kahwin, nabi tak mengaku umatnya. nabi nak sangat lihat umat yang paling banyak adalah dari kalangan umatnya.. nabilah,, tolong jangan kecewakan NabiMu.
*tarik nafas dan hembus(lepas).
Perkahwinan itu menghindarkan diri daripada melakukan zina, zina mata, tangan, teliga terutama sekali hati. tipu la kalau han kata takde perasaan pada lelaki. sememangnya ada cuma han tak boleh lebih daripada itu. han seakan-akan trauma. han rasa kalau boleh diberi pilihan kahwin atau tak, han akan pilih single tapi itu semuanya tidak akan jadi kerana tang-tang.. dalam family ni, han yang akan kahwin dulu sebab han anak kedua dan juga merupakan anak sulung perempuan. nak tunggu along kahwin dulu? memang tidaklah sampai ke 30 tahun baru boleh kahwin.
jadi nak dipendekkan cerita, han memang ada simpan hasrat nak kahwin muda. target han sebelum umur 25 tahun ni. kira han dah habis degree la time tu baru han kahwin. jika dihitung dengan jari, berbaki 5 tahun lagi. 5 tahun tu bukan masa yang lama tapi itu satu perancangan sahaja. jika ada yang datang meminang, alamatnya kahwin muda la han nanti. pape pun, han kena prepare awal. han betul2 nak belajar agama dengan lebih dalam lagi. han cuba tuk berubah. han nak tinggalkan zaman jahiliyyah han yang teruk tu. :(
dan han perlukan bimbingan. han memerlukan sokongan dari korang.kalau han ada buat salah, harap sangat tegur.. han kan manusia biasa juga, banyak salah-silapnya. papepun berusaha itu yang penting!jom capai mardhatillah. buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi.
akhirkalam, ni bukannya tempat tuk cari jodoh sebab han memang tak terima calon2 dari lama sosial,website semua tu... maaf sangat2.. dengan keadaan han yang macam ni, han rasa yang terbaik adalah pilihan ibu bapa even han ada hak tuk memilih. tapi han takut. cam yang han kata tadi, takut dah sebati dalam diri han. han takut jika pilihan han bukannya terbaik tuk han. agama itu yang han pandang. han nak dia boleh bimbing han tuk meraih cinta ilahi. tak kira siapa pun diri dia. :)
terima kasih sebab sudi dengar luahan hati han. hilang sikit beban yang han rasa bila dapat luahkan dalam blog ni. >.< hihi. so i've got to go. jumpa di lain post . :)
No comments:
Post a Comment